Catatan Yang Ditampilkan

Sabtu, 22 April 2017

PESTA KONVOKESYEN KOSPEN SELANGOR

KOSPEN menyertai pertandingan perbarisan di Pesta Konvokesyen Kospen Negeri Selangor pada 22hb. April, 2017 (Sabtu) di Sungai Besar.

Siap sedia untuk perbarisan

Berbaris dengan semangat yang membara

Post gambar Pasukan Kospen Kg. Fajar, Sungai Tengi Selatan

Bersedia dengan bergaya dan ceria

Gerak mula dengan senaman mula

Rabu, 19 April 2017

ANUGERAH DESA PERDANA - KG.FAJAR, SUNGAI TENGI SELATAN

Kampung Fajar telah menyertai Pertandingan Kampung Mente dibawah Kampung Mentor Desa Maju Sungai Tengi dalam Anugerah Desa Perdana Malaysia pada 17hb. April 2017 hari Isnin jam 8.30 pagi.
Foto Ida Mohsin.

Pemilihan kali ini merupakan satu cabaran bagi JKKKP Kampung Fajar kerana dalam tempoh yang 2 minggu dapat menyediakan dokumen bagi penilaian yang akan diadakan pada 17 April 2017 oleh hakim penilaian.

Foto Ida Mohsin.

Walaupun tempoh yang diberikan oleh pihak urusetia pertandingan begitu singkat, namun berkat kerjasama dan dokumentasi yang sedia ada maka cabaran ini diterima dengan terbuka oleh semua ahli jawatankuasa dengan kerjasama penduduk kampung.

Foto Ida Mohsin.



Dengan keharmonian dalam sesebuah kampung memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan agenda pelaksanaan Program Menti Anugerah Desa Perdana.

Foto Ida Mohsin.


Semangat bersatu padu, saling hormat-menghormati dan tolong-menolong dalam kariah sesebuah kampung merupakan satu semangat yang mampu mencorakkan kejayaan Program Menti Anugerah Desa Perdana.

Foto Ida Mohsin.

Rantaian kerjasama inilah yang memastikan keselamatan serta keharmonian kampung itu tercapai, sekali gus membina masyarakat yang saling menyokong antara satu sama lain.

Foto Ida Mohsin.

Dalam pada itu semua urusan dapat dijalankan dengan baik dan akan cuba melakukan yang terbaik demi masyarakat Kampung Fajar dan pemimpin yang sentiasa memberikan perangsang dalam memajukan kampung.