Catatan Yang Ditampilkan

Isnin, 18 Januari 2016

Lawatan Exco Negeri Selangor Ke Kg. Fajar



Exco Negeri Selangor, Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi serta rombongan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah mengadakan lawatan ke Kampung Seri Fajar, Sungai Tengi Selatan pada 19hb. Jun, 2015.

Sesi taklimat lawatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat JKKR, Felda Sungai Tengi Selatan dikendalikan oleh Dato' Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara, En. Mohamed Jamil bin Abu Bakar.


Turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Puan June Leow dan Yang Di Pertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Haji Mohamad Idris bin Ahmad, Ketua Kampung Sg. Tengi, En. Selamat Ratio, Pegawai Felda, Encik Mohd. Hatta bin Nawi.



Selain daripada itu, beliau menggesa supaya badan-badan yang ada di kampung ini seperti JKKR, JKKP, JKKR, NGO dan lain-lain institusi dalam Rancangan Felda Sungai Tengi Selatan dapat bergabung tenaga dan idea dalam satu matlamat untuk membangunkan kampung yang indah dan lagi permai ini. 


Exco Negeri Selangor, Dato' Dr. Ahmad Yunus dan rombongan UPEN telah mengadakan lawatan di sekitar Kg. Seri Fajar untuk melihat sendiri insfrastruktur-insfrastruktur yang sedia ada, begitu juga dengan kawasan cadangan perumahan generasi kedua yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan