Masyarakat peneroka Felda di 4 Rancangan Tanah Gugusan Felda Sungai Dusun menggesa supaya Felda dapat mengadakan peraturan baru yang tidak lagi menerima buah tandan segar (BTS) sawit daripada pemborong BTS swasta di dalam dan di luar tanah rancangan yang berhampiran.
Langkah ini bertujuan supaya peneroka tidak terjejas disegi pendapatan ekoran harga sawit merudum di pasaran dan penurunan kadar perahan gred (KPG) sawit yang dihantar ke Kilang Sawit Sungai Tengi ketika ini.
Sejak beberapa tahun dahulu, kerapkali berlaku penurunan KPG. Menurutnya, ada di kalangan peneroka memiliki KPG hanya sekitar16 hingga 19 peratus sahaja sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian dan tahap pendapatan yang rendah.
Sementara bagi pemborong BTS swasta pula mendapat layanan istimewa dari Kilang Sawit Felda Sungai Tengi dengan memperolihi kadar perahan gred (KPG) pada tahap 20 hingga 25 peratus.
Dalam resit BTS yang dihantar ke kilang, alasan buah ditolak tidak masuk akal seperti BTS muda, BTS separuh matang (mengkal), BTS akibat serangan tikus, BTS tandan panjang dan sebagainya sedangkan kualiti buah yang peneroka hantar adalah berkualiti setiap bulan, tapi kenapa pula KPG diperolihi rendah?
Jawatankuasa Persepakatan (JCC) yang wujud di Kilang Sawit Felda Sungai Tengi perlu menangani luahan dan rintihan peneroka dalam menangani permasaalahan KPG yang rendah setiapkali peneroka menghantar BTS ke Kilang Sawit.
Selain daripada itu, JCC perlu mengadakan peraturan yang jelas dan tegas bagi membuktikan usaha Felda bagi membantu golongan peneroka meningkatkan pendapatan mereka.
Selain daripada itu, JCC perlu mengadakan peraturan yang jelas dan tegas bagi membuktikan usaha Felda bagi membantu golongan peneroka meningkatkan pendapatan mereka.
Dalam perkara ini, peneroka Felda juga menggesa supaya Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perlu memainkan peranan untuk membantu peneroka Felda yang merudum pendapatan mereka ekoran memperolihi kadar perahan gred (KPG) yang rendah dan tidak memperbaharui lesen penimbang swasta yang ada di tanah rancangan dan menjadikan Felda Palm Industries sebagai kilang tunggal membeli dan memproses BTS peneroka.
Dengan ketiadaan penimbang swasta itu akan mengurangkan masalah kecurian buah sawit di tanah rancangan yang menghantui ladang peneroka sebelum ini.
Mengulas keluhan majoriti peneroka Felda baru-baru ini bahawa kilang Felda perlu tidak lagi menerima BTS yang dihantar pihak pemborong swasta atau orang tengah.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan disetiap tanah rancangan perlu mendesak supaya peraturan itu menepati hasrat supaya peneroka bekerjasama dengan Felda dalam pelbagai aspek.
Sebelum ini, katanya, pemborong swasta mengambil kesempatan daripada peneroka dengan membeli BTS dengan harga lebih rendah.
''Banyak kebaikan yang diperoleh jika peneroka bersama Felda khususnya dalam aspek penjualan BTS ini,'' katanya.
Pengerusi Badan Bertindak Hal Ehwal Ladang, Encik Muhamad Yushak berkata, aspek kualiti BTS perlu diberi keutamaan olih kilang Felda bagi menentukan kadar perahan gred (KPG) meningkat yang akan memberi keuntungan kepada peneroka.
Dalam pada itu, Encik Arbain bin Ali berkata, tiada sebab untuk peneroka menjual BTS kepada pihak luar kerana kilang Felda memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka.
Bagi Ketua Blok, Encik Azman bin Aris, Felda perlu sentiasa mencari jalan untuk membela masyarakat peneroka terutama ketika kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia.
Encik Mohd. Arshad bin Hirman pula menggesa supaya peneroka menunjukkan sokongan untuk kekal bersama Felda supaya lebih banyak insentif dan bantuan dapat disediakan kepada mereka.
Pengerusi JKKKP Encik Awalludin bin Mahful berkata, setiap peneroka perlu memiliki penyata pendapatan apabila menjual BTS kepada kilang Felda bagi menunjukkan sebenar jumlah metrik tan di ladang mereka dan pendapatan yang mereka perolihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan