Catatan Yang Ditampilkan

Ahad, 17 Januari 2016

Distinasi Pelancongan


Felda Sungai Tengi Selatan adalah sebuah rancangan felda yang terletak di Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Jika anda berkunjung ke tempat ini, kiri kanan adalah ladang kelapa Sawit. Anda perlu melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan menyusur ke Enterchange Bukit Tagar yang jaraknya lebih kurang 15km. Sekiranya anda melalui Tanjong Malim, Kampong saya adalah lebih kurang 48km. 

Jika anda dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai) jaraknya adalah lebih kurang 27 km.

hulu-mapX
Peta di bawah menunjukkan di mana letaknya Tanjong Malim dan Kemajuan Tanah S.Tengi. Senang sekali anda ikut lebuhraya Enterchange Bukit Tagar. Maka, entri ini saya letak di bawah Tanjong Malim. Saya nak promote Kampung saya dan tempat berdekatan sebagai destinasi pelancongan.

Selain itu, boleh juga melawat projek-projek pertanian yang sudah menjadi kebiasaan pelancung domestik dan dari luar negara seperti tanaman sayur-sayuran secara komersial yang diusahakan oleh Sdr. Shamuganathan a/l Murugesau, tanaman serai yang diusahakan oleh Sdr. Zainal Ngiso, tanaman rock melon secara fertigasi secara komersial dan lain-lain lagi.

Terdapat juga projek industri luar bandar  seperti  mengusahakan kuihmuih tradisional dan moden, kek dan coklat, katering majlis keramaian yang diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Sdr. Abd Wahab Abd Samad/Norshidah Yusoff yang telah menjalankan perusahaan ini sejak beberapa tahun dahulu hingga sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan