Felda Sungai Tengi Selatan mengandungi 2 buah kampung iaitu Kg. Suria dan Kg. Fajar.. Terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Penduduknya lebih kurang 1000 orang yang terdiri 150 keluarga termasuk penempatan Peneroka Felda dan Kakitangan Felda.
Mula mendiami pada tahun 1988 dan Pejabat Pentadbiran Daerah di Kuala Kubu Bharu. Di kelilingi bandar / pekan seperti Bukit Beruntung, Bestari Jaya dan Tanjong Malim.
Untuk menuju ke Felda Sungai Tengi Selatan ini boleh melalui Bestari Jaya jaraknya lebih kurang 27km, Tanjong Malim jaraknya 48km, Bandar Bukit Beruntung jaraknya lebih kurang 30km dan jika melalui Lebuh Raya Utara-Selatan menyusur keluar di Bukit Tagar yang jaraknya lebih kurang 15km.
Majori penduduk adalah Peneroka Felda dan lain-lainnya adalah terdiri dari Kakitangan Felda. Terdapat aktiviti pertanian seperti Projek Tanaman Rock Melon, Ladang Sayur-sayuran, Tanaman Pisang, Pokok Buah-buahan, Kolam Ikan, ternakan ayam/kambing/lembu dan lain-lain lagi.
Terdapat juga industri luar bandar seperti projek membuat kuih muih tradisional dan moden, kek, pastri, katering sebagai menambah pendapatan sampingan dikalangan peneroka Felda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan