Catatan Yang Ditampilkan

Ahad, 17 Januari 2016

Peranan dan Tanggungjawab JKKK (P)

  • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung. JKKK diketuai oleh seorang ketua kampung. Dalam perkampungan tradisional Melayu, ketua kampung secara automatik menjadi ketua / pengerusi JKKK. Di beberapa tempat, ketua kampung dipangil tok sidang (Perak), tuk empat dan tok dagang (Negeri Sembilan) dan penggawa (Kelantan).
    Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK akan mendapat elaun kehadiran . Turut serta ialah Penghulu mukim. Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Di sesebuah mukim, terdapai pejabat penghulu atau balai penghulu. Contohnya di Semenyih, terdapat Kompleks Balai Penghulu kerana menempatkan beberapa pejabat agensi kerajaan yang lain.
    Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ia di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .

  • Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (Persekutuan) atau JKKK(P) merupakan jawatankuasa peringkat kampung yang dilantik oleh pihak kerajaan persekutuan bagi mentadbir, mengurus dan memajukan setiap kampung.

  • JKKK(P) adalah ejen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang juga bertindak sebagai penghubung di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. JKKK(P) merupakan unit pelaksana dasar-dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalurkan aspirasi rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi.

    Sebagai kumpulan yang paling hampir dengan masyarakat kampung, JKKK(P) bertanggungjawab di dalam mentabdir dan memajukan sesebuah kampung dan menjadi badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga, pembangunan dan perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk warga desa yang berdaya maju serta inovatif.

Tujuan JKKK(P) ditubuhkan di kampung-kampung di seluruh negara adalah untuk mempastikan kelancaran pembangunan negara. Keperluan asas pembangunan negara adalah satu kesepakatan penduduk yang perlu digembleng melalui kepimpinan yang dinamik dan pentadbiran yang teratur.

Penubuhan JKKK(P) ini adalah termasuk di dalam usaha mempastikan matlamat pembangunan desa seperti pembasmian kemiskinan, pemodenan desa dan kemajuan dalam pembangunan tercapai.


Biasanya , Pengerusi JKKK adalah juga ketua UMNO Cawangan sesebuah kampung. Oleh itu, selepas pilihan raya 2008 diadakan, terdapat konflik pentadbiran . Menterinya waktu itu , Tan sri Muhammad Haji Muhd Taib mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Akibatnya terdapat dua pentadbiran di sesebuah kampung dan membawa kepada perpecahan orang kampung yang serius. Antaranya ialah perebutan , tohmahan dan fitnah seperti penutupan balai raya, ambil alih tadika perpaduan , kelas fardhu ain dan pertukaran jawatankuasa surau di negeri-negeri yang dikuasai olehPakatan Rakyat.
JKKK enggan mematuhi arahan daripada kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat. Ahli JKKK berasa bimbang kerana mereka daripada parti lain , khususnya daripadaUMNO. Beberapa bulan selepas 8 Mac 2008, fungsi JKKK tidak bergerak dan terkejut dengan tsunami politik 2008.
Secara pentadbiran , kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat mentadbir dan menyusun semula dewan orang ramai atau balai raya. Ada pihak yang mengunci balai raya dengan rantai besi , Semua khemah kenduri-kendara , alat siaraya, kerusi meja , televisyen dan set komputer dibawa keluar dengan pelbagai alasan. Kekeliruan semakin reda apabila JKKK akur bahawa balai raya dan surau bukan milik mana-mana parti politik. JKKKP terpaksa mengadakan mesyuarat di tempat lain , bukan lagi di balai raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan