Catatan Yang Ditampilkan

Khamis, 15 Jun 2017

TABUNG HAJI SUMBANG ASNAF DI DUN HULU BERNAM, KKB DAN BATANG KALI



 Haji telah memberi sumbangan kepada Asnaf-Asnaf yang layak di DUN Hulu Bernam, DUN Kuala Kubu Bharu dan DUN Batang Kali Hulu Selangor diperkarangan Pejabat Adun Hulu Bernam, Kalumpang, Selangor pada 14 Jun 2017

Seramai 1,000 Asnaf yang layak telah menerima sumbangan dari Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez.

Program tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Rosni Sohar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan lain-lain.

Dato' Abdul Azeez berkata, sumbangan asnaf ini adalah untuk semua rakyat, tanpa lapisan ideologi politik.

Selasa, 6 Jun 2017

SULTAN SELANGOR RASMI MASJID SUNGAI TENGI


DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Masjid Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu dalam Majlis Berbuka Puasa di masjid berkenaan pada petang 5hb. Jun, 2017. 

Masjid ini dibina dengan kos RM5.3 juta dibiayai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sumbangan wakaf orang ramai, mampu menempatkan 1,200 jemaah pada satu masa. 

Masjid ini berkeluasan 3 hektar ini mula dibina pada Oktober 2012 dan siap pada Disember 2014.
Baginda menyempurnakannya ketika berangkat mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada fakir, miskin dan mualaf di masjid berkenaan.

Seramai 371 fakir, miskin dan mualaf menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM185,500 daripada Sultan Selangor.
Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad dan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.


Sama hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim; Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim serta hadirin lain.
Ia dibina bagi menggantikan Masjid Jamek Nurul Hidayah, Felda Sungai Tengi, di kawasan seluas tiga hektar dengan kos pembinaan RM5.3 juta dibiayai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sumbangan wakaf daripada orang ramai.


Sempena Ramadan kali ini, Kerajaan Negeri juga menyumbang RM193,800 kepada masjid, surau dan sekolah rendah agama di Hulu Selangor.
Kerajaan negeri Selangor pula menyampaikan peruntukan khas kepada Masjid Sungai Tengi berjumlah RM10,000 serta bantuan kepada Sekolah Rendah Agama Bandar Utama, Batang Kali dan Surau An Naim, Taman Idaman, Serendah yang masing-masing menerima RM30,000.

Surau Al Makmur, Taman Serendah pula menerima RM38,800, Surau Al Ikhwan, Taman Tasik Teratai RM50,000, Surau Hidayatul Mustaqim, Taman Melati RM20,000 dan Surau At Taqwa, Desa Melur RM15,000.

Ahad, 4 Jun 2017

PERASMIAN MESJID SG.TENGI PADA 5 JUN 2017


DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Sungai Tengi dan Majlis Ihya Ramadan bersama penduduk Felda Sungai Tengi pada hari Isnin 10 Ramadan 1438 Hijrah bersamaan 05hb. Jun, 2017.


Sehubungan itu, semua penduduk di sekitar Gugusan Felda Sungai Dusun (Felda Gedangsa, Felda Soeharto, Felda Sg. Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan) dijemput hadir beramai-ramai ke majlis berkenaan.

Masa :  5.00 Petang Hingga 10.30 Malam

Aturcara Majlis

Penyampaian Sumbangan Asnaf
Perasmian Masjid Sungai Tengi
Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Santapan / Jamuan
Solat Isyak
Solat Sunat Tarawikh
Santapan / MOREY

Pakaian

Lelaki : Berpakaian Melayu (Sopan)
Wanita : Jubah atau Baju Kurung Bertudung (Sopan)