Catatan Yang Ditampilkan

Selasa, 16 Mei 2017

PROGRAM BICARA SANTARAI ANTARA JKKKP KG FAJAR DAN FELDA



Pada 5hb. Mei, 2017 JKKKP Kg. Fajar mengadakan kerjasama dibawah Program Cakna Komuniti anjuran Felda Wilayah Trolak. Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim warga Felda dengan Felda Wilayah Trolak.



Beberapa program diadakan, antaranya Program Ziarah Kasih, Ceramah Agama, Senaman Pagi, Program Anak Angkat UPM, Gotong Royong dan lain-lain lagi.



Yang menarik dalam Program Bicara Santai antara peneroka-peneroka yang menguruskan ladang sendiri dengan Staff Ibu Pejabat Felda dan Wilayah Trolak. Banyak perkara yang dibangkitkan termasuk isu-isu semasa hal ehwal ladang.



Pengurus Besar Wilayah Trolak Tuan Haidir turut sertai dalam program bicara santai tersebut. Alhamdulillah titik persamaan antara mereka tercapai bagi menangani masaalah-,masaalah yang ditimbulkan di Warung Santai, STS.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan