Catatan Yang Ditampilkan

Khamis, 4 Mei 2017

PROGRAM ZIARAH KASIH


Menjelang bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, JKKKP Kg. Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan telah menjalankan aktiviti Program Ziarah Kasih dengan kerjasama dari PERWANI (Perkumpulan Wanita) dan NGO dengan menziarah dari rumah ke rumah.


Lawatan ini akan dijalankan berperingkat-peringkat dan golongan sasar adalah sebagaimana berikut:

(1) Ibu Tunggal
(2) Anak Yatim
(3) Orang Kurang Upaya
(4) Warga Emas yang terlantar


Pengerusi JKKKP, Encik Awalludin bin Mahrul telah mengetuai program ini bersama dengan ahli JKKKP/PERWANI/NGO dan berharap supaya program ini dapat djalankan saban tahun.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan