Catatan Yang Ditampilkan

Isnin, 25 Januari 2016

MB SELANGOR SAMPAIKAN SURAT MILIK TANAH PENEROKA FELDA


KUALA KUBU BHARU, 22 Januari 2016 - Penantian selama 27 tahun Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor akhirnya terjawab, apabila seramai 139 orang daripada mereka menerima surat hak milik hari ini yang disampaikan Dato` Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali.


Tanah yang diterokai sejak 1988 telah dimajukan Felda sebagai ladang kelapa sawit membabitkan sebanyak 139 lot, kini berjaya mengubah taraf hidup mereka.

Dato' Seri Mohamaed Azmin bin Ali berkata, peneroka yang dikurniakan surat hak milik perlu memajukan tanah mereka supaya mendapat hasil bagi menjamin masa depan mereka. Semua pihak perlu mempunyai komitmen dibawah kerajaan yang bertanggungjawab meluluskan permohonan, rakyat pula mesti membayar hasil daripada pemberian tanah tersebut kepada kerajaan negeri.


Dato' Menteri Besar Selangor juga menyebut akan memajukan seluas 17 ekar di kawasan Felda Sungai Tengi Selatan untuk perumahan generasi kedua Felda sebanyak 136 unit rumah berkembar 1 tingkat akan dimajukan pada bulan Jun, 2016 pada keluasan rumah 850 kaki persegi, tiga bilik tidur dan pada kadar harga mampu milik RM97,000, berbanding harga asal RM160,000 dengan kos pembinaan infrastruktur RM7.65 juta ditanggung Kerajaan Selangor. 


Secara tidak langsung sekaligus menggalakkan generasi kedua Felda tinggal menetap di kampung selain dapat merapatkan keharmonian dan ukhwah keluarga. Perumahan generasi kedua Felda ini akan dimajukan oleh Perbadanan Negeri Selangor (PKNS).


Sementara itu, Encik Awalludin bin Mahful 50 Tahun, Pengerusi Koperasi Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.w.t kerana perjuangan untuk mendapatkan surat hak milik tanah akhirnya berjaya dimiliki walaupun memakan masa selama 27 tahun lamanya.



Dalam pada itu, Encik Muhammad Yushak bin Sajari, 63 tahun mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin kepada rakyatnya dengan menganugerahkan gran tanah seramai 139 peneroka tanpa melibatkan perbezaan politik. 

Beliau menambah, "Walaupun telah lama kami tinggal di sini, namun hari ini baru kami boleh berbangga untuk memiliki surat hak milik tanah sendiri. Kami berjanji akan terus mengusahakan ladang ini dan tidak berniat untuk menggadaikannya untuk mendapat untung cepat," katanya.

Seorang peneroka terkejut ketidakhadirannya pada majlis penyerahan hak milik tanah mendapat perhatian Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Hamzah Abdul Jalil sepatutnya bersama 137 peneroka lain menerima hak milik, namun faktor dirinya yang lumpuh kesan kemalangan merencatkan niat itu.

Bagaimanapun, bekas Pengawal Keselamatan Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya itu terharu apabila Mohamed Azmin hadir ke rumahnya untuk menyerahkan sendiri hak milik tanah.


“Bila diberitahu Menteri Besar hendak datang untuk serahkan geran hak milik, saya rasa gembira dan tersentuh sebab tidak sangka beliau sendiri sanggup ke sini,” katanya kepada Kg.Fajarkini.


Seorang lagi penerima, Kamarulzaman Kamarul Baharin yang juga tidak hadir ke majlis sama ekoran uzur tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya ketika dikunjungi Mohamed Azmin.

“Saya jadi begini selepas kemalangan Julai tahun lalu, mula-mula kaki bengkak sahaja tetapi makin melarat sampai tidak boleh berjalan.

“Bila dapat tahu Kerajaan Negeri mahu beri geran, saya terkejut besar kerana tanah belum habis bayar tetapi geran sudah dapat dan diserahkan Menteri Besar sendiri,” katanya.

Selain menyerahkan dokumen hak milik tanah, Mohamed Azmin turut menyampaikan bantuan lain seperti kerusi roda dan wang tunai sumbangan Exco Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada dua peneroka terbabit.

Mohamad Mohsin bin Kasim 55 Tahun, berkata, beliau yang berasal dari Kuala Selangor berhijrah ke Felda Sungai Tengi Selatan sejak tahun 1988 untuk mendapat sebidang tanah sebagai tempat mencari rezeki. 

Katanya, "Saya amat bergembira kerana setelah 24 tahun berusaha mencurahkan segala keringat di sini akhirnya tanah tersebut disahkan menjadi hak milik kami," ujarnya.


Seorang Peneroka Felda, Asarani bin Samat 54 Tahun, bersyukur kerana surat hak milik tanah yang diusahakan sejak sekian lama dapat diterima dengan tangan sendiri. Katanya, tanah tersebut akan menjadi penyambung rezeki kepada anak-anaknya memandangkan usia beliau sudah lanjut dan tidak mampu lagi bekerja keras di ladang.


Selain daripada itu, Abd. Aziz bin Jamal 60 Tahun, memang menyokong Kerajaan Negeri dalam memartabatkan pembangunan ekonomi rakyat dengan  memberi komitmen membantu peneroka felda di Selangor termasuk golongan usahawan dengan menawarkan pinjaman mikrokredit di bawah skim Pinjaman HIJRAH dimana rakyat boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 hingga RM50,000 tanpa faedah untuk mereka yang beminat memulakan perniagaan.

Penyerahan Borang hak Milik Tanah Felda Sungai Tengi Selatan MB (ASRI) (3)

Hadir sama di majlis berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Mohd. Amin bin Ahmad Ahya, Exco Kerajaan Negeri, Y.B. Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin HairiPenasihat  Undang-Undang Negeri  Selangor Y.B. Dato' Haji Nik Suhaimi bin  Nik Sulaiman, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YB Dato' Noordin bin Sulaiman, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Mohd. Fauzi bin Mohd. Yatim, Pengurus Besar Wilayah Trolak, Tuan Haidir.

-----------------------------------------------------------------------------------------


































Isnin, 18 Januari 2016

57 pelajar UPM anjur Program Siswa Di Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan




4 Dis – Seramai 57 pelajar Kursus Bakti Siswa (QKK2101), Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan Program Siswa@Kampung 2015 di Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Majlis perasmian program yang dijalankan pada 5 Disember 2015 disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan.

Program yang bertemakan ‘Siswa@Kampung’ merupakan program anak angkat yang diadakan setiap semester oleh PKPP UPM terdiri daripada Kumpulan 14 dan 22 Kursus Bakti Siswa dipimpin oleh dua orang fasilitator.

Ia diadakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 



Peserta berkongsi pengetahuan (knowledge transfer) bersama penduduk Kampung Fajar.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dijalankan bersama penduduk kampung melibatkan semua peringkat umur selama tiga hari dua malam. Antaranya, ceramah mengenai pengguna bijak bagi meningkatkan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab pengguna dan cara alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan harian.

Para pelajar Bakti Siswa UPM juga turut memberi khidmat bakti (giving back to community) dengan program seni mural, bergotong-royong dan menyumbang anak pokok bagi tujuan keindahan.



Kehadiran para pelajar juga memberikan pengalaman bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan mengeratkan ukhuwah yang terjalin melalui aktiviti moreh, sukan persahabatan dan persembahan kebudayaan pada hari kedua.

Program ini juga merupakan aktiviti hands on kepada para pelajar dalam menguasai Kemahiran Insaniah (soft skills) yang amat diperlukan sebagai nilai tambah dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan kelak. - UPM

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan

Profail
Sekolah Kebangsaan Seri Fajar atau nama ringkasnya SK Seri Fajar, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
SK Seri Fajar terletak di tengah-tengah Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan. Jauhnya hampir 1.5 km dari jalan besar. Berhampiran dengan masjid, Klinik Desa, TADIKA Kemas dan Balai JKKR. Jauhnya dari pusat pentadbiran Kuala Kubu Bharu ialah 82 km. Dari Pekan Bestari Jaya sejauh 29 km, dari Tanjung Malim sejauh 50 km dan dari Sungai Besar sejauh 80 km.
Pencapaian
Tahun 2009, SK Seri Fajar telah dicalonkan sebagai sekolah cemerlang untuk sekolah SKM. Bagaimanapun pihak sekolah telah memaklumkan bahawa SK Seri Fajar tidak dikategorikan sebagai sekolah SKM.
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Seri Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan dibuka pada Januari tahun 2003. SK Seri Fajar terletak di atas tanah seluas 10 ekar. Pada asalnya pelajar dan guru sekolah ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi. Bilangan pelajar untuk sesi pertama ini ialah seramai 140 orang untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 dan 12 orang guru termasuk seorang Guru Besar. Pelajar Tahun 6 masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi di mana mereka di tempatkan di Asrama Desa.
Pada tahun kedua, 2004, bilangan pelajar meningkat kepada 164 orang dan bilangan guru seramai 13 orang. Tahun 2004 juga merupakan Tahun 6 pertama diadakan. Pada tahun 2008 kelas Pra pertama telah dibuka, dan seramai 25 orang murid telah mendaftar. Kini (2010) bilangan pelajar termasuk kelas Pra seramai 137 orang dan tenaga pengajar seramai 20 orang. Terdapat 4 orang pekerja swasta dan 3 orang pengawal keselamatan yang bertugas di sini.
Pada asalnya SK Seri Fajar ialah SK Sungai Tengi Selatan. Oleh kerana terdapat masalah urusan surat menyurat (surat sampai ke SK Sungai Tengi) maka pihak pentadbir telah memohon ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menukar nama kepada SK Seri Fajar sempena nama kampung yang terdapat di Felda Sungai Tengi Selatan iaitu Kampung Fajar. Terdapat lebih kurang 150 keluarga yang tinggal di Felda ini yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak sekolah. Tidak ketinggalan juga pihak Felda, JKKR, GPW serta Belia. Kesemuanya bergabung tenaga untuk menjayakan sekolah.
SK Seri Fajar terletak di tengah-tengah Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan. Jauhnya hampir 1.5 km dari jalan besar. Berhampiran dengan Masjid, Klinik Desa, TADIKA Kemas dan Balai JKKR. Jauhnya dari pusat pentadbiran Kuala Kubu Bharu ialah 82 km. Dari Pekan Batang Berjuntai sejauh 29 km, dari Tg. Malim sejauh 50 km dan dari Sg. Besar sejauh 80 km.
Sekolah Kebangsaan Seri Fajar adalah sebuah sekolah baru dibina mengikut struktur bangunan terkini. Mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat (blok A – Pentadbiran, Blok B – Makmal, Blok C – Kelas), sebuah kantin, tempat letak basikal, pos pengawal keselamatan, sebuah blok pencawang elektrik, rumah pam dan sebuah padang bola. Sekolah Kebangsaan Seri Fajar mempunyai 12 kelas, 1 kelas pemulihan, 2 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik pendidikan seni, surau, pejabat pentadbiran, bilik muzik, kedai sekolah, bilik rawatan perubatan, bilik guru, perpustakaan, bilik tayangan, dewan serbaguna, kemudahan bilik mandi, tandas, setor barang/sukan/buku, dan ruang lobi. Sehingga kini telah disediakan peralatan untuk pejabat/pentadbiran, makmal komputer, PPSMI, peralatan P&P dan peralatan bilik tayangan. Buku-buku untuk perpustakaan juga dibekalkan lebih 2000 naskhah.

Program Klinik Bola Sepak Anjuran Felda United di Kg. Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan

DATO MOHD ISA BIN ABU KASIM
Program Klinik Bolasepak FELDA United Dan Perlawanan Bolasepak Piala Dato' Mohd. Isa telah berlangsung di Felda Gugusan Selangor yang meliputi Felda Sungai Buaya, Felda Gedangsa, Felda Soeharto, Felda Sungai Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan selama 2 minggu berturut-turut.

Majlis Penyampaian Hadiah diadakan di Padang Awam Felda Sungai Tengi Selatan pada 14hb. jun, 2015 (Ahad) dan pada masa yang sama diadakan perlawanan persahabatan antara Pasukan Felda United FC Legend vs Felda Selangor yangmana berkeputusan seri 3-3. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Mohd Isa bin Abu Kasim, Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Piala Dato' Mohd. Isa yang julung-julung kali diadakan itu  telah dijuarai Oleh Pasukan Felda Sg. Buaya yang belangsung di Felda Sungai Tengi Selatan, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 14hb. Jun, 2015 bermula jam 3.00 petang.

 


Pasukan Felda Sungai Buaya yang menjuarai Piala Dato' Mohd Isa

Antara pemain Liga Super yang turut serta memberi tunjuk ajar di Program Klinik Bolasepak FELDA United di Felda Sg. Tengi Selatan Seramai lebih 40 peserta dari Seluruh 4 gugusan Felda Sg. Tengi yang menyertai Klinik Bolasepak FELDA United.


Adik-adik ini yang tidak sabar untuk menunjuk bakat mereka dalam Klinik Bolasepak di Felda Sg. Tengi Selatan

Kilang Sawit Felda Sungai Tengi Mengalami Kadar Perahan Gred (KPG) Yang Merudum

Masyarakat peneroka Felda di 4 Rancangan Tanah Gugusan Felda Sungai Dusun menggesa supaya Felda dapat mengadakan peraturan baru yang tidak lagi menerima buah tandan segar (BTS) sawit daripada pemborong BTS swasta di dalam dan di luar tanah rancangan yang berhampiran.
Langkah ini bertujuan supaya peneroka tidak terjejas disegi pendapatan ekoran harga sawit merudum di pasaran dan penurunan kadar perahan gred (KPG) sawit yang dihantar ke Kilang Sawit Sungai Tengi ketika ini.

Sejak beberapa tahun dahulu, kerapkali berlaku penurunan KPG. Menurutnya, ada di kalangan peneroka memiliki KPG hanya sekitar16 hingga 19 peratus sahaja sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian dan tahap pendapatan yang rendah.

Sementara bagi pemborong BTS swasta pula mendapat layanan istimewa dari Kilang Sawit Felda Sungai Tengi dengan memperolihi kadar perahan gred (KPG) pada tahap 20 hingga 25 peratus. 

Dalam resit BTS yang dihantar ke kilang, alasan buah ditolak tidak masuk akal seperti BTS muda, BTS separuh matang (mengkal), BTS akibat serangan tikus, BTS tandan panjang dan sebagainya sedangkan kualiti buah yang peneroka hantar adalah berkualiti setiap bulan, tapi kenapa pula KPG diperolihi rendah?

Jawatankuasa Persepakatan (JCC) yang wujud di Kilang Sawit Felda Sungai Tengi perlu menangani luahan dan rintihan peneroka dalam menangani permasaalahan KPG yang rendah setiapkali peneroka menghantar BTS ke Kilang Sawit. 

Selain daripada itu, JCC perlu mengadakan peraturan yang jelas dan tegas bagi membuktikan usaha Felda bagi membantu golongan peneroka meningkatkan pendapatan mereka.
Dalam perkara ini, peneroka Felda juga menggesa supaya Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perlu memainkan peranan untuk membantu peneroka Felda yang merudum pendapatan mereka ekoran memperolihi kadar perahan gred (KPG) yang rendah dan tidak memperbaharui lesen penimbang swasta yang ada di tanah rancangan dan menjadikan Felda Palm Industries sebagai kilang tunggal membeli dan memproses BTS peneroka.
Dengan ketiadaan penimbang swasta itu akan mengurangkan masalah kecurian buah sawit di tanah rancangan yang menghantui ladang peneroka sebelum ini.

Mengulas keluhan majoriti peneroka Felda baru-baru ini bahawa kilang Felda perlu tidak lagi menerima BTS yang dihantar pihak pemborong swasta atau orang tengah.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan disetiap tanah rancangan perlu mendesak supaya peraturan itu menepati hasrat supaya peneroka bekerjasama dengan Felda dalam pelbagai aspek.
Sebelum ini, katanya, pemborong swasta mengambil kesempatan daripada peneroka dengan membeli BTS dengan harga lebih rendah.
''Banyak kebaikan yang diperoleh jika peneroka bersama Felda khususnya dalam aspek penjualan BTS ini,'' katanya.
Pengerusi Badan Bertindak Hal Ehwal Ladang, Encik Muhamad Yushak berkata, aspek kualiti BTS perlu diberi keutamaan olih kilang Felda bagi menentukan kadar perahan gred (KPG) meningkat yang akan memberi keuntungan kepada peneroka.
Dalam pada itu, Encik Arbain bin Ali berkata, tiada sebab untuk peneroka menjual BTS kepada pihak luar kerana kilang Felda memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka.
Bagi Ketua Blok, Encik Azman bin Aris, Felda perlu sentiasa mencari jalan untuk membela masyarakat peneroka terutama ketika kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia.
Encik Mohd. Arshad bin Hirman pula menggesa supaya peneroka menunjukkan sokongan untuk kekal bersama Felda supaya lebih banyak insentif dan bantuan dapat disediakan kepada mereka.
Pengerusi JKKKP Encik Awalludin bin Mahful berkata, setiap peneroka perlu memiliki penyata pendapatan apabila menjual BTS kepada kilang Felda bagi menunjukkan sebenar jumlah metrik tan di ladang mereka dan pendapatan yang mereka perolihi.