Catatan Yang Ditampilkan

Isnin, 18 Januari 2016

JKKKP/PERWANI Kg. Fajar dan Damini Corporation S/B Jalankan Program Ziarah Kasih

Encik Awalludin menerima dana sumbangan dari Cik Zuhaila
Wakil dari Damini Corporation Sdn. Bhd

Menjelang bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, JKKKP Kg. Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan  telah menjalankan aktiviti Program Ziarah Kasih Ramadan dengan kerjasama dari PERWANI (Perkumpulan Wanita) dan NGO pada 15hb. Jun, 2015 dengan menziarah dari rumah ke rumah.

Damini Corporation Sdn. Bhd telah menaja program ini dengan memberi dana sumbangan untuk disalurkan kepada 30 golongan sasar berikut:

(1)  Ibu Tunggal
(2)  Anak Yatim
(3)  Orang Kurang Upaya
(4)  Warga Emas yang terlantar

Pengerusi JKKKP, Encik Awalludin bin Mahrul telah mengetuai program ini bersama dengan wakil penaja Damini Corporation Sdn. Bhd, Cik Zuhaila binti Khairi dan Cik Atira binti Zolkifli berserta 30 ahli JKKKP/PERWANI/NGO.

Cik Atira dari Damini Corporation S/B 
menyampaikan sumbangan kepada OKU yang telah
terlantar 5 tahun Sdr. Hamzah Jalil

Encik Awalludin menyampaikan sumbangan dari 
Damini Corporation S/B kepada Puan Dalilah yang uzur

Ahli JKKKP Sdr. Ramli menyampaikan sumbangan Damini
Corporation S/B kepada Puan Jamaliah yang uzur.

Encik Awalludin bersimpati kepada warga emas yang terlantar
lama dirumahnya

Pengerusi JKKKP, Encik Awalludin Mahful berharap supaya program ini dapat diteruskan dimasa akan datang sekiranya mendapat dana sumbangan dari mana-mana pihak yang bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan iklas kepada golongan sasar.

JKKKP Kg. Fajar mengucapkan terima kasih kepada Damini Corporation Sdn. Bhd yang diterajui Tuan Borhan bin Ramli yang telah bermurah hati memberi sumbangan kepada warga Kg. Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan. Semuga kerjasama antara JKKKP Kg. Fajar dan Damini Corporation berterusan dimasa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan