Catatan Yang Ditampilkan

Ahad, 17 Januari 2016

Penggambaran Telefilem 'Anak Tengi' Di Kg. Fajar


LOKASI PENGGAMBARAN TELEFILEM ANAK TENGI
(Drama ini melakukan penggambaran di Felda Sungai Tengi Selatan)



Penggambaran drama filem 'Anak Tengi' dijalankan di Kg. Fajar pada 15 Oktober, 2012 telah menjadi popular di kalangan masyarakat khususnya peneroka Felda di seluruh Malaysia.
Anak Tengi mengisahkan pengorbanan kasih seorang pemuda desa, Fitri yang memiliki kerjaya hebat di ibu kota terpaksa melepaskan jawatannya dan pulang ke kampung halaman di Felda Tengi demi memenuhi impian bapa tersayang supaya mengusahakan ladang kelapa sawit mereka. Bahkan, bapanya meyakinkan bahawa Fitri takkan menyesal.
Raja Farah sebagai Nasha
Dihimpit perasaan berbelah bahagi antara kasih sayang dan karier, akhirnya Fitri nekad melepaskan salah satu daripadanya. Akur kehendak bapanya, dia mengambil keputusan berhenti kerja dan menetap semula di Felda Tengi. Pun begitu, bapanya meninggal dunia selepas dua minggu Fitri pulang ke pangkuan keluarga.
Bermulalah episod kesusahan dilalui Fitri yang baru mengusahakan ladang kelapa sawit peninggalan arwah bapanya. Berpegang pada prinsip berbakti pada tanah pasti akan membuahkan hasil tak terhingga, tindakan Fitri mendapat sokongan positif orang kampungnya.
Bahkan, dalam diam seorang gadis Felda, Dira sangat kagum dengan Fitri. Bahkan, Dira turut menyimpan perasaan kasih terhadap Fitri tanpa dikdetahuinya. Demi menambat hati jejaka idamannya, Dira menjalin hubungan rapat dengan ibu Fitri.
Namun, Fitri sekadar menganggap Dira sebagai teman biasa. Suatu hari, ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Fitri berkenalan dengan Nasha, seorang gadis anak orang kaya yang bersikap merendah diri. Mereka saling menyenangi antara satu sama lain.
Shoffi Jikan sebagai Fitri
Apakah pintu hati Fitri yang tertutup untuk cinta selama ini mampu dibuka oleh Nasha? Bagaimana pula dengan Dira yang menaruh perasaan pada Fitri dalam diam? Malah, bagaimanakah penerimaan keluarga Nasha terhadap anak Felda seperti Fitri?
Segala jawapannya ada dalam perjalanan kisah Anak Tengi, arahan pengarah muda berbakat, Izzman Hafiz Izzauddin, 28, yang mesra dengan panggilan Hafiz.
Anak Tengi terbitan produksi Sazawan Supply Sdn Bhd sempena Syawal di saluran TVAlHijrah (TVAH – saluran 114) pada raya keempat.
TELEFILEM: Anak Tengi
PENGARAH: Izzman Hafiz Izzauddin
PELAKON: Shoffi Jikan sebagai Fitri, Raja Farah (Nasha), Siti Nordiana (Dira), Abu Bakar Juah (Malik), Rahimah Mohd Johari (Zainon), Siti Hajar Ismail (Mak Ti), Taib Mahmod (Pak Fitri), Razali Hussein (Cif Jali), Iqram Dinzly (Am) dan Norladawati Shahibullah (Mak Jah) Edwan Effendi Mohd Abdul (Syed) Yuzzrie C Murai (Azmi) dan Nor Syuhada Ramli (Syu)
STESEN TV: TV AlHijrah
SIARAN: Hari Raya Aidilfitri Keempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan